Silap Rompak Rumah Pesakit Covid-19, Lima Pencuri Buat Ujian Saringan

| May 11, 2020 | 0 Comments

Silap Rompak Rumah Pesakit Covid-19, Lima Pencuri Buat Ujian Saringan | Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mungkin ini peribahasa sesuai menggambarkan tindakan sekumpulan pencuri di Makassar, Indonesia yang tersalah pilih rumah untuk dipecah masuk.

Menerusi laporan Kompas, walaupun telah memastikan situasi ‘line clear’ dengan memeriksa bahawa pemilik tiada di rumah, namun lima pencuri itu tidak mengetahui mengapa pemilik berada di luar bandar.

Rupa-rupanya pemilik rumah terbabit disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di satu kawasan lain. Mereka bukan sahaja ‘berputih mata’ malah tidak berjaya meloloskan diri daripada pihak polis Indonesia.

Kelima-lima pencuri itu kemudiannya dipaksa untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di balai polis Panakkukang. Pihak media juga hadir seperti yang boleh dilihat melalui video di bawah ini :

Ketika melakukan rompakan, kelima-lima mereka sempat masuk ke dalam rumah dan mencuri 15 gram koleksi emas dan wang tunai sekitar RM6,000 sebelum berjaya ditangkap pihak polis.

Sumber : Kompas Via Borakdaily

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *