Sindiket Pengemis Etnik Rohingya: Polis Lakukan Siasatan, Cari Dalang Sebenar | Polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket mendalangi etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan mengemis di jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri-negeri lain.

Sindiket Pengemis Etnik Rohingya: Polis Lakukan Siasatan, Cari Dalang Sebenar

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, pada masa ini polis sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan tersebut.

Jelasnya, ia berkemungkinan melibatkan sindiket, namun masih belum disahkan kerana perlu melakukan risikan serta siasatan selepas membuat penangkapan.

Razarudin memberitahu, pihaknya telah mengarahkan ibu pejabat polis kontinjen dan daerah memantau secara lebih serius kegiatan mengemis dalam kalangan etnik Rohingya.

Jelasnya, kebanyakan kegiatan tersebut kebanyakannya dikesan lampu isyarat di jalan sesak di bandar-bandar besar.

Selain itu, tambahnya, polis juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas etnik Rohingya yang didapati mengemis di jalanan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil.

Ujar beliau, mereka boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan mengganggu dan juga money orphan atas kesalahan kecil kerana undang-undang di Malaysia ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara Malaysia, ia juga tertakluk juga kepada sesiapa sahaja yang telah melakukan kesalahan jenayah kesalahan kecil tindakan akan diambil.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply