SJR Menjadi Permasalahan Kepada Pemandu Teksi | Sebelum ini pemandu teksi mengalami permasalahan dengan jumlah kapasiti penumpang yang menaiki kenderaan mereka awam. Namun kini sekali lagi mereka ini mengalami masalah untuk melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabansga dan Industri (MITI).

SJR Menjadi Permasalahan Kepada Pemandu Teksi

Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamaruddin Hussain telah memohon agar isu pertindihan prosedur operasi standard (SOP) di SJR dapat diselesaikan segera.

Tambahnya lagi, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani perlu membantu pemandu teksi menyelesaikan pertindihan SOP yang telah menjejaskan pendapatan mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan.

Kenyataan media oleh KPN pada 6 Jun lepas berkaitan surat pengesahan Kementerian atau agensi yang diterima pakai di SJR menumbulkan kekeliruan kepada para pemandu teksi di seluruh negara bahkan tidak mustahil bahawa pihak anggota polis yang bertugas di SJR juga akan turut sama terkeliru.

Ini kerana pihak mereka telah menerima banyak aduan dari ahli khasnya di Pulau Pinang dan Labuan yang mendakwa menghadapi masalah ketika melalui SJR. Mereka diminta untuk mengemukakan surat daripada MITI. Malahan terdapat juga ada diantara mereka yang mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Kamaruddin juga mempersoalkan adakah pemandu teksi termasuk dalam sektor perkhidmatan awam yang mengikut SOP MKN dibenarkan beroperasi atau sebaliknya. Sekiranya pemandu teksi diwajibkan memelik surat daripada kementerian tertentu, beliau mahu pihak berkuasa memaklumkan mengenai perkara itu.

Sumber: Malaysia Gazette

Share.

Leave A Reply