Slps 9 Hari Kerja Keras, Anjing Pengesan Ini Didandan. ADA VIDEO. | PETALING JAYA – Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu pastinya menjadi episod duka rakyat Malaysia.

Dalam proses mencari dan menyelamat (SAR), unit anjing pengesan (K-9) dari Jabatan Bomba Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merupakan aset paling penting.

Unit tersebut telah menjadi ‘hero’ rakyat Malaysia apabila berjaya menjumpai kesemua mayat yang tertimbus seterusnya menjadikan misi SAR itu sebagai misi yang berjaya sepenuhnya.

Menerusi satu rakaman video Instagram ipie_ngaranku menyaksikan dua ekor anjing K-9 yang diberi nama Grouse dan Geoffrey yang terlibat dalam misi tersebut dimandi dan didandan menjadi tumpuan ramai.

@ipie_ngaranku mesti dia rasa hensem lepas kena potong bulu 😂😂. #k9bomba #blakek9 #batangkali ♬ Segala Perkara – ℚ𝕦𝕖𝕖𝕟🌺

Menerusi video tersebut, dua anjing K-9 pasukan Bomba itu adalah antara yang terawal dalam SAR dan berjaya menemukan mangsa-mangsa awal yang tertimbus.

Kedua ekor anjing tersebut kemudian direhatkan apabila didapati penat setelah mengerah tenaga beberapa hari.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih ke atas khidmat yang pernah dilakukan oleh dua ekor anjing terlatih itu.

“Awak hero kami, rehatlah untuk persediaan misi-misi besar seterusnya lagi,” tulis annan_martada.

“Comelnya, tapi masa bertugas kamu berdua amat hebat, terima kasih kerana jadi hero Malaysia,” tulis FaraNadia.

TERDAHULU DILAPORKAN, Sebanyak 11 ekor anjing unit pengesan (K9) berjaya menjejaki enam mangsa maut dalam tragedi tanah runtuh, di Father Organic Farm, Jalan Batang Kali-Hulu Selangor sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 6 mangsa keseluruhannya berjaya dikesan oleh Unit K9 iaitu pada hari pertama dan kedua.

“Anjing-anjing ini sememangnya pakar dan terlatih, bukan setakat boleh menjejaki mangsa yang berada di kedalaman 10 hingga 15 kaki dalam tanah, malah boleh turut mengesan mangsa lemas dalam air.

“Seperti Denti dan Grouse, mereka telah berkhidmat selama enam tahun, dan pernah melakukan operasi mangsa lemas dan mangsa yang hilang,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dengan bantuan anjing-anjing pengesan, anggota penyelamat dapat melakukan penggalian dengan segera apabila terdapat tindak balas daripada Unit K9 ini.

Di dalam operasi SAR ini, 11 anjing yang terlibat adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (6), Polis Diraja Malaysia (4) dan seekor dari Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, Norazam berkata Unit K9 akan direhatkan setiap 30 minit bagi memastikan pengesanan dilakukan secara efektif serta bergilir melakukan operasi setiap 12 jam.

“Selain itu, setiap anjing Unit K9 mempunyai pengkhususan tersendiri. Mereka mempunyai disiplin yang berbeza-beza seperti mengesan mayat, kebakaran, menjejak mangsa hilang, atau mangsa hidup,” katanya.

Selepas beberapa hari terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, Lapan anjing pengesan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Faram, di sini, direhatkan seketika akibat kepenatan.

Lapan anjing itu membabitkan enam milik Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan dua milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semua anjing pengesan terbabit dibawa keluar dari lokasi pencarian dengan diiringi pengendali masing-masing kira-kira jam 4 petang tadi.

Misi SAR kini memasuki hari keempat dan setakat jam 4 petang, belum ada sebarang perkembangan mengenai penemuan mangsa.

Sehingga kini, sembilan mangsa dilaporkan masih hilang dan dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan tanah, dengan 24 disahkan terkorban sehingga kini selepas mayat mereka ditemukan pada hari pertama dan kedua tragedi.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis mengesahkan anjing pengesan daripada baka English springer spaniel diberi nama ‘Blake’ direhatkan selepas mengalami kepenatan.

Blake dikatakan ‘kecundang’ selepas dua hari berturut-turut bekerja bertungkus-lumus di lokasi pencarian.

Norazam turut memaklumkan khidmat 11 anjing pengesan digunakan dalam misi SAR itu dan mereka diletakkan dalam keadaan siap siaga di lokasi kejadian untuk membantu operasi dengan enam daripadanya milik JBPM, empat milik PDRM dan seekor milik Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply