Sokong PM. DS Ismail Sabri Bakal Dikenakan Tindakan?

| August 4, 2021 | 0 Comments

Sokong PM. DS Ismail Sabri Bakal Dikenakan Tindakan? | KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berdepan padah susulan tindakannya didakwa menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pada awalnya bersetuju dan akur dengan keputusan parti untuk menarik semula sokongan daripada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (Ismail Sabri) akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini,” katanya memetik laporan media tempatan hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO diketuai Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Terdahulu, 11 ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid telah mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan mendakwa kerajaan sudah tumbang akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen.

Namun pada perutusan khas Perdana Menteri, Muhyiddin menegaskan kerajaan PN dan kedudukan beliau masih kekal.

Muhyiddin menyatakan kesediaannya berdepan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat, September depan.

Sumber : UM

Tags: , , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *