Solat Berjemaah Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan – Menteri Kanan Keselamatan

| June 6, 2020 | 0 Comments

Solat Berjemaah Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan – Menteri Kanan Keselamatan | Kebenaran menunaikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid hanya tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja dan warga asing tidak dibenarkan menyertainya.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaik kerajaan mengumumkan kelonggaran solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid, ianya khusus buat rakyat Malaysia sahaja.

“Apabila kita sebut kerajaan membenarkan (solat berjemaah dan Jumaat) tertakluk kebenaran dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri beraja keputusan bergantung kepada Sultan di negeri masing-masing.

“Sebaik kita umum kelonggaran ini semalam, ia tidak termasuk warga asing dan hanya untuk warganegara Malaysia saja.

“Pertamanya, mungkin isu membabitkan warga asing yang positif Covid-19 lebih tinggi di negara kita dan kedua jika warga asing memenuhi masjid, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melakukan ibadah itu,” katanya.

Katanya, setakat ini kebenaran solat berjemaah dan Jumaat hanya untuk rakyat Malaysia saja.

Sumber : MyMetro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *