Solat Jarak. Ini Permintaan Asyraf Wajdi Pada Kerajaan Yang Ditunggu Ramai | PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan kebenaran bagi aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau tanpa ada penjarakkan saf.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau boleh dimulakan selepas membuat perbandingan situasi orang ramai berhimpun semasa perlawanan akhir Piala Malaysia semalam.

“Sudah tiba masanya untuk saf-saf solat di masjid dan surau dirapatkan. Individu boleh membuat saringan awal secara kendiri.

“Bagi yang terdedah kepada mereka yang positif, perlu ada kebertanggungjawaban kendiri dan elakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat awam termasuk masjid,” tulis beliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut menyertakan tanda pagar #SokongSafDirapatkan sebagai sokongan untuk jemaah di seluruh negara supaya dapat menunaikan ibadat solat dengan saf rapat semula.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply