Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menafikan mempunyai kv kepentingan dalam isu penolakan usul berhubung aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh pihak dakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Speaker Tolak Usul Petronas. 'Ini' Komen Azhar Harun..

Azhar sebaliknya menjelaskan, usul itu ditolak berikutan ia bersifat subjudis kerana terdapat beberapa prosiding berkaitan masih berjalan di mahkamah antarabangsa.

Beliau berkata, tidak timbul isu konflik kepentingan kerana beliau sendiri tidak pernah masuk campur bidang tugas Peguam Negara yang juga abangnya, Tan Sri Idrus Harun, berhubung isu berkenaan.

Ulasnya, engenai subjudis, saya menerima pandangan undang-undang menyatakan ia sememangnya subjudis kerana terdapat satu atau dua prosiding masih berjalan. Peraturan Mesyuarat amat terang dalam hal ini dan saya akan memakainya.

Katanya dalam sidang hari ini, sekiranya apa-apa berlaku dalam Dewan ini yang menyentuh mengenai beliau, saya akan mengecualikan diri daripada membuat keputusan.

Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh lebih setengah jam apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan penolakan usul berkaitan rampasan aset anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menuntut penjelasan atas tindakan Peguam Negara tidak membuat permohonan mencelah pada prosiding di Mahkamah Arbitrasi Paris.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply