Sriwijaya Air : Perakam Suara Pesawat Dijumpai | Pesawat Sriwijaya Air telah dilaporkan hilang daripada sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 9 Januari lalu. Pesawat tersebut dikatakan berlepas menuju ke Pontianak sebelum dipercayai terhempas di kepulauan Seribu, Indonesia.

Sriwijaya Air : Perakam Suara Pesawat Dijumpai

Para penyelam yang bertanggungjawab dalam misi pencarian komponen penting pesawat berkenaan telah berjaya menjumpai Alat Perakam Suara (CVR) milik pesawat tersebut. Penyelam menemui casing dan perakam isyarat CVR milik pesawat  Boeing Co 737-500.

Pencarian telah dilakukan beberapa hari selepas insiden tersebut berlaku. Namun pencarian tersebut telah mengambil masa hampir tiga bulan untuk menemui unit memori pesawat berkenaan. Menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia, CVR ini telah berjaya ditemui pada hari Rabu.

CVR merupakan sebahagian daripada kotak hitam peswat. Ia merupakan satu komponen yang amat penting. Kotak hitam memiliki dua komponen iaitu Flight Data Recorder (FDR) dan CVR.

Perakam suara itu merupakan salah satu komponen yang penting untuk menjawab segala persoalan berkaitan insiden yang berlaku. Perakam suara itu mampu memberikan petunjuk penting berkaitan perbualan diantara juruterbang semasa dalam perjalanan menuju ke Pontianak sehinggalah pesawat tersebut terhempas.

Pesawat yang berusia 26 tahun itu dikatakan telah terhempas dan terjunam kedalam laut dari ketinggian 3,000 meter selepas beberapa minit berlepas. Pesawat tersebut membawa 62 orang anak kapal termasuk penumpang, dan semuanya terkorban dalam insiden tersebut.

Laporan awal siasatan bagi insiden yang berlaku itu dikatakan disebabkan oleh ketidakseimbangan daya enjin yang dihadapi oleh pesawat tersebut. Itu merupakan hasil laporan yang diperoleh daripada maklumat perakam data yang ditemui selepas nahas itu berlaku.

Penemuan CVR ini turut dapat membantu penyiasatan dan mengetahui tindakan yang diambil oleh juruterbang sebaik sahaja mendapati pesawat tersebut mengalami masalah.

Sumber : MalaysiaGazette, Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply