Suami Beri Racun Rumpai Pada Anak kerana Marahkan Isteri

| May 18, 2021 | 0 Comments

Suami Beri Racun Rumpai Pada Anak kerana Marahkan Isteri | Seorang ayah sepatutnya bertindak secara rasional dalam memimpin keluarga namun agak berbeza buat seorang ayah ini apabila ia bertindak meracun anaknya sendiri hanya kerana marahkan isterinya.

Suami Beri Racun Rumpai Pada Anak kerana Marahkan Isteri

Lelaki tersebut dikatakan berang dengan tindakan isterinya yang mahu pulang ke kampung sebelum bertindak memberi anak perempuannya yang berusia lima tahun dengan racun rumpai laut.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu di Kampung Bundu, Kuala Penyu, di sini, apabila suspek berusia 43 tahun itu dikatakan turut bertindak mencekik mangsa.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran di antara pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, isteri suspek menyatakan hasrat mahu pulang ke kampung bersama anak-anak di Keningau, namun ia dibantah oleh suspek.

Katanya, suspek yang berang kemudiannya memberikan anaknya meminum kopi yang sudah dicampurkan dengan racun rumpai laut dan perkara tersebut hanya diketahui ibu mangsa selepas anak sulungnya yang berusia lapan tahun menceritakan hal tersebut kepadanya.

Tambah beliau, tidak cukup dengan itu, suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.

Mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Penyu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang alahan berikutan kandungan racun adalah sedikit.

Sementara itu, Yusoff Zaki berkata, usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Penderaan Kanak-kanak).

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *