Suami B*nuh Diri Dlm Hutan Kerana Gurauan Isteri. | BANGKOK: Tindakan seorang wanita yang cuba mengubah sikap cemburu suaminya untuk menjadi individu lebih baik, mengundang padah apabila lelaki itu bertindak membunuh diri.

Lapor thethaiger.com, suami wanita itu membunuh diri di Hutan Chonburi di Thailand selepas mengetahui isterinya sedang bercakap dengan seorang lelaki Korea menerusi telefon.

Wanita dikenali sebagai May, 49, kemudian mengakui bahawa dia hanya berpura-pura bercakap dengan lelaki lain untuk mengubah sikap cemburu suaminya.

Menurut May, dia menerima panggilan dari polis siber bertanyakan mengenai keberadaan suaminya selepas mereka mendapat maklumat lelaki itu menyiarkan nota bunuh diri di laman Facebook.

Pegawai dari balai polis Samet mengesahkan mangsa yang meninggal dunia memuat naik nota bunuh diri di akaun Facebook dikenali dengan nama `Bastard Man’.

Nota itu tertera:` Saya mendoakan semua orang hidup bahagia. Dia seorang lelaki yang baik tetapi saya tidak. Selamat tinggal semua.’

May berkata, dia cuba menghubungi suaminya sebaik dimaklumkan oleh polis, namun segala usahanya menjadi sia-sia.

“Wanita itu kemudian mencari suaminya dan menemukan kesan tapak kaki yang menuju ke hutan berhampiran. Dia kemudian berjalan mengikutinya dan menjumpainya suaminya terbaring atas tanah.

“Ketika May menghampirinya, dia menyedari bahawa suaminya menggantung diri,” jelas laporan.

May mendedahkan motif suaminya membunuh diri adalah disebabkan cemburu dengannya yang berkenalan dengan lelaki lain.

Wanita itu mendakwa dia pernah menasihatkan suaminya untuk mengubah sikap cemburunya dan memberi amaran akan meninggalkannya sekiranya gagal berbuat demikian.

“Dalam usaha membuatkannya menjadi cemburu, dia bercakap dengan rakan lelaki Korea seolah berpura-pura menjalin hubungan baharu,” jelas laporan itu.

Sementara itu, mayat lelaki itu dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan May kini disiasat oleh polis.

Sumber : UM

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Seorang Pelajar UniSZA Meningg4l Dunia Dalam Nahas Dua Motosikal

Seorang penuntut Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan, semalam.

Difahamkan, kemalangan dalam kawasan universiti berkenaan berlaku ketika masing-masing dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Festival Kokurikulum di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZa, yang bermula 8 malam.

Mangsa, Wan Muhammad Azhar Izzuddin W Abdul Razak, 21, yang menunggang Honda EX5 beralamat di Kondo Rakyat Kuala Ibai, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa, Mohd Shaznur Alif Ramli dan Azhar Zaidi, masing-masing berusia 23 tahun parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, untuk rawatan lanjut.

Sementara, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat.

Susulan kejadian itu Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga UniSZA mengucapkan takziah menerusi bekasungkawa yang dimuat naik dalam Facebook universiti berkenaan.

“Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarham Wan Muhammad Azhar Izzuddin W Abdul Razak (Pelajar ISM Pengajian Islam (Dakwah) Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA) yang sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman,” katanya.

Menurut sumber, susulan kejadian, Majlis Perasmian Festival Kokurikulum ditunda bagi menghormati pemergian Allahyarham.

Sumber : BH

ARTIKEL LAIN YNAG BOLEH DIBACA

Lori Belok Secara Mengejut, Pemuda Bawa Motosikal M4ut

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah lori yang membelok secara mengejut di Jalan Pinang Tunggal berdekatan Taman Kempas, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Mustaqim Md. Ariffin, 25, yang menunggang motosikal jenis Honda Dash maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal apabila sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah bertentangan membelok ke kanan untuk memasuki sebuah kilang tanpa memberi isyarat.

“Mangsa tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat sebelum merempuh bahagian kiri belakang lori menyebabkan mangsa melambung dan terhempas ke atas jalan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu lori yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply