Suami Bunuh Diri, Namun Wasiat Ditinggalkan Pada Isteri Buat Ramai MARAH | Seorang suami tidak berhati perut apabila mengambil keputusan bunuh diri dan isterinya pula terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah 3.5 juta rupiah (RM1,063).

Lapor Kompas.com, Edi Siswanto tidak berfikir panjang kerana sanggup membiarkan dirinya dilanggar kereta api di stesen Pagaden Baru, Subang, Jawa Barat, Ahad lalu.

Penduduk di Kampung Soklat mendakwa mangsa bunuh diri kerana terjerat dengan hutang.

Ketua Polis Pagaden, Senen Ali berkata, mangsa menuju ke landasan kereta api itu dengan menaiki kenderaan Suzuki Pickup T8552AH.

“Maklumat dari saksi mengatakan mangsa keluar dari bilik air dan duduk di kerusi stesen kereta api tersebut.

“Ketika kereta api dalam perjalanan dari Jakarta ke Pasar Turi Surabaya melalui laluan di stesen berkenaan, lelaki itu sengaja berlari ke landasan sebelum dilanggar,” katanya.

Senen berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Subang dan pihaknya turut menemukan sebuah wasiat di dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

“Kita mengesyaki mangsa terdesak bunuh diri akibat hutang dan meninggalkan pesanan kepada isterinya supaya melangsaikan hutang 3.5 juta rupiah itu,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, netizen turut meninggalkan pelbagai ulasan berkenaan ini.

“Tadi kes bunuh adik-beradik sebab berebut harta, yang ini bunuh diri siap tinggalkan wasiat suruh bayarkan hutang.” komen salah seorang pengguna media sosial.

“Hidup susahkan orang, mati pun susahkan orang” Komen mereka lagi.

“Wasiat yang tidak boleh pakai” komen salah seorang pengguna facebook.
“Itu pasal masa hidup paksa suami ambil takaful atau insurans……ini tahu nak enjoy saja”
“Mati tinggal kenangan pahit” kata seorang lelaki di komen.
“Senangnya dia,nak lepaskan diri, siap wasiat bagai suruh bayar hutang”
“Risau sungguh, dunia tak stabil disebabkan penghuninya bertuhankan nafsu” kata Fadil diruang komen.
“Harimau Mati meninggalkan Belang, Beliau mati meninggalkan Hutang untuk anak bini”
“Kesiankan, nasib orang, nasib kita tidak tahu lagi”
“Buat wasiat suruh bayarkan hutang ingatkan wasiatkan tanah berpuluh ekar ke apa?”
“Dapat suami perangai lebih kurang macam inilah yang buat ada perempuan lompat bintang selepas bercerai, yang ini lagi teruklah nampaknya”
Sumber : Utusan

Share.

Leave A Reply