Suami Isteri Maut Tercampak Keluar Kereta

| December 22, 2020 | 0 Comments

Suami Isteri Maut Tercampak Keluar Kereta | Port Dickson: Sepasang suami isteri maut selepas tercampak keluar daripada kereta dinaiki mereka selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 23, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini, hari ini.

Dalam kemalangan jam 1.10 tengah hari itu, Seng Pang Hemg, 57, dan isterinya, Lim Mei May, 50, maut di tempat kejadian manakala pemandu yang juga anak saudara mereka, Yee Siew Mei, 35, parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mustafah Hussin berkata, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian manakala anak saudaranya parah di kepala dan dada kini dirawat di zon merah Hospital Port Dickson (HPD).

“Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Telok Kemang menghala Seremban dan sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan yang dipandu Siew Mei hilang kawalan, lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kereta yang dinaiki mereka dipercayai berpusing beberapa kali dan menyebabkan semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa yang maut disahkan maut ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik HPD untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *