Suami Isteri Nyaris Maut SUV Terbakar

| January 10, 2021 | 0 Comments

Suami Isteri Nyaris Maut SUV Terbakar | Gua Musang – Pasangan suami isteri nyaris maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 85, Jalan Gua Musang-Lojing di sini semalam.

Mangsa, Che Yusoff Sulaiman, 61, dan Nurul Awanis Mohammad, 36, yang berasal dari Kampung Pasir Tumboh dekat Kota Bharu sempat keluar daripada kenderaan mereka yang berasap sebelum terbakar.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Gua Musang.

Katanya, apabila smpai di kawasan selekoh dan menuruni bukit, enjin kenderaan tersebut secara tiba-tiba mengeluarkan asap.

“Insiden itu menyebabkan mereka berdua keluar daripada kenderaan untuk menyelamatkan diri.

“Selepas itu, kenderaan tersebut terbakar 100 peratus di lokasi kejadian. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku terhadap kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *