Suami Kepada Mangsa Kebakaran Meninggal Dunia

| June 9, 2021 | 0 Comments

Suami Kepada Mangsa Kebakaran Meninggal Dunia | Satu kebakaran rumah yang terjadi baru-baru ini telah meragut nyawa seorang wanita warga emas di Kuala Terengganu isnin lalu. Suaminya dilaporkan selamat dengan kesan lecuran pada kaki dan belakang badan.

Suami Kepada Mangsa Kebakaran Meninggal Dunia

Namun pada pagi ini, suaminya yang juga merupakan warga emas telah dilaporkan meninggal dunia pagi tadi. Jusoh Muda, yang berusia dalam lingkungan 80-an, meninggal dunia pada 6.31 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, di mana beliau dirawat.

Anaknya, Zakaria, 56, memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang sama dengan arwah isterinya, iaitu Tanah Perkuburan Islam Makam Lama Chabang Tiga.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Ab Rashid, mangsa melecur kira-kira 50% pada bahagian kaki dan badan. Kejadian yang berlaku di di Kampung Losong Haji Su isnin lalu telah mengorbankan isterinya iaitu Fatimah Mohd, 79.

Mangsa ditemui rentung oleh pihak bomba di dalam rumahnya sebaik sahaja kebakaran itu berjaya dipadamkan. Dipercayai mangsa berkerusi roda dan uzur tidak mempunyai kudrat untuk menyelamatkan diri. Mangsa dipercayai telah terjatuh apabila rumah kayu itu runtuh dijilat api.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *