Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok serta papan tanda dalam nahas di di Kilometer 3, Jalan Bahau-Rompin, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Loke Kok Leong, 55,  beralamat di Kemayan, Pahang, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut sumber, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera bersama seorang penumpang iaitu isterinya dari arah Rompin menuju ke Kemayan.

“Setiba di tempat kejadian iaitu semasa meneruni kawasan bukit, mangsa dipercayai telah gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke kanan jalan iaitu arah bertentangan dan kemudian telah merempuh sebatang pokok serta melanggar papan tanda.

“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, penumpang hadapan iaitu wanita berusia 52 tahun dikejarkan ke hospital susulan mengalami kecederaan patah pada bahagian bahu sebelah kanan,” katanya kelmarin.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.30 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit nahas.

 

Sumber : UM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Tercampak Keluar Dari Kereta, Dua Lelaki M4ut Dirempuh Trak Pikap.

Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta Perodua MyVi yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah trak pikap di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pemandu kereta berkenaan, Mohd. Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd. Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat orang mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya.

Choon Foo memberitahu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Katanya, mayat mereka dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Penumpang belakang Perodua Myvi yang turut tercampak keluar ke sebelah kanan jalan mengalami kecederaan pada kepala manakala seorang penumpang pikap turut cedera di bahagian sama. Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

 

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply