Suami Sebar Gambar Bogel Isteri | Seorang suami sanggup menyebarkan gambar bogel isterinya melalui media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp tetapi tindakan yang dilakukannya itu telah dilaporkan kepada polis, lapor portal berita detiksulsel hari ini.
Lelaki berusia 41 tahun itu melancong bersama isterinya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal Mac lalu dan merakamkan gambar bogel isterinya selepas mereka berasmara, kata peguam bela wanita berkenaan, Diah Lestrai.
Menurut Diah, selepas itu, mereka melancong ke ke Turkiye pada Rabu lalu namun si isteri kemudian mendapati suaminya bersembang di laman sembang dengan wanita lain sehingga terjadi pertengkaran.
Pertengkaran itu menyebabkan si suami menyebarkan gambar bogel si isteri di Facebook dan WhatsApp.
Diah mengujar bahawa mereka bertengkar karena adanya wanita lain dan saat itulah mangsa melihat foto bogelnya sudah disebar suami ke media sosial.
Si isteri kemudian pulang ke Indonesia dan melaporkan kepada polis Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lalu tentang penyebaran gambar bogel.
Sumber: Kosmo
Artikel Lain
Berbogel Ketika Bergambar Di Pokok Keramat, Pasangan Suami Isteri Diusir
Seorang pempengaruh media sosial warga Rusia dan suaminya akan diusir dari Bali kerana melanggar budaya tempatan selepas berbogel ketika mahu mengambil gambar di sebatang pokok keramat.
Alina Fazleeva, yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram, merakam gambar bogel di sebatang pokok banyan berusia 700 tahun, berhampiran sebuah kuil di daerah Tabanan.
Gambar yang diambil oleh suaminya, Andrey Fazleev, kemudian dimuat naik di Instagram dan tular sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Bali.
Ini kerana, mengikut budaya Hindu Bali, gunung-ganang, pokok dan ciri-ciri semula jadi lain dianggap sebagai rumah dewa.
Ketua Imigresen Bali, Jamaruli Manihuruk berkata, pasangan berkenaan dibuktikan melakukan aktiviti-aktiviti yang menggugat ketenteraman awam dan tidak menghormati norma tempatan.
“Oleh itu, mereka akan dikenakan sekatan dengan diusir,” katanya kepada wartawan.
Pasangan suami isteri itu dilarang memasuki Indonesia sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan.
Selain itu, mereka perlu mengambil bahagian dalam upacara pembersihan di kawasan suci mengikut kepercayaan tempatan.
Fazleeva menerusi akaun instagramnya memohon maaf dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia serta mengakui telah “membuat kesilapan besar”.
“Terdapat banyak tempat suci di Bali dan tidak semuanya mempunyai tanda maklumat mengenainya, seperti dalam kes saya.
“Adalah sangat penting untuk menghormati tempat-tempat dan tradisi-tradisi ini,” katanya.
Gabenor Bali, Wayan Koster berkata, pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dengan pelancong yang berkelakuan biadab.
Hampir 200 orang diusir dari pulau percutian itu tahun lalu, dengan sesetengah mereka kerana melanggar protokol Covid-19.
Sumber: Harian Metro
Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Rambai
Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Rambai | Mayat seorang wanita yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor, di sini, Jumaat lalu didapati mempunyai kesan kecederaan pada fizikal mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, ia hasil bedah siasat yang telah dijalankan terhadap mayat wanita terbabit di Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, mayat wanita itu ditemui oleh orang awam jam 7.30 petang pada 30 April lalu dalam keadaan terapung di tepi Sungai Rambai dalam sebuah kebun kelapa sawit pada jarak kira-kira satu kilometer dari Jalan Rawang.
Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identitinya sudah meninggal dunia lebih 48 jam dan mangsa dipercayai warga tempatan kerana terdapat kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian baju kemeja berwarna maroon dengan berseluar jeans.
Bagaimanapun, ketika mayat mangsa ditemui baju mangsa ditemui dalam keadaan hampir tercabut dan mangsa berada dalam keadaan separuh bogel.
Ramli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Sufian Amin di talian 012-614 9580 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Metro, Berita Harian