Suami Tumbuk Dan Gigit Isteri Gara-Gara Facebook.

| June 23, 2020 | 0 Comments

Suami Tumbuk Dan Gigit Isteri Gara-Gara Facebook. | Seorang wanita bukan sahaja ditumbuk bahkan digigit oleh suaminya sendiri hingga berdarah akibat dia tidak sengaja terpadam aplikasi Facebook (FB) dalam telefon bimbit milik lelaki itu dalam kejadian di Kampung Bakau Tinggi, Chukai, di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun cedera di seluruh anggota badannya akibat diperlakukan sedemikian oleh suspek yang berusia 30-an itu.

Menurut sumber, sebelum itu pasangan tersebut bergaduh gara-gara mangsa secara tidak sengaja terpadam aplikasi Facebook di telefon bimbit milik suaminya.

Tambah sumber, suspek pada mulanya hanya memarahi mangsa bagaimanapun pertengkaran menjadi semakin serius sehingga suspek bertindak menarik rambut mangsa.

“Kemudian suspek yang gagal mengawal perasaan menggigit leher dan dada mangsa sehingga berdarah selain menumbuk kepala mangsa sebelum beredar meninggalkan isterinya yang sedang kesakitan.

“Mangsa mendakwa kejadian seumpama itu kerap berlaku setiap kali mereka bergaduh sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari sama kerana tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya itu,”.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *