Selepas DUN Perlis dan DUN Pahang, DUN Perak menjadi negeri ketiga yang dibubarkan oleh Sultan Perak, iaitu Sultan Nazrin Shah. Pembubaran ini berlaku pada hari ini secara rasmi untuk beri laluan  kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).  Sebelum membubarkan DUN, Sultan Nazrin telah memberi warkah pengisytiharan kepada Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sultan Nazrin: Don't justify corruption, treat it now | The Star

Dengan sukacitai beliau memaklumkan kepada media pada hari ini bahawa beliau telah menerima warkah pengisytiharan daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang membawa maksud bahawa baginda telah memberi perkenan Dewan Negeri Perak ke-14 dibubarkan berkuat kuasa mulai hari Isnin, 17 Oktober 2022.

Beliau juga menyatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau menghadap Sultan Perak bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi, pada Jumaat.

PRU15: DUN Perak bubar hari ini - Utusan Malaysia
Menurut Menteri Besar Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Menteri besar menyatakan bahawa beliau telah menyembah warkah permohonan pembubaran DUN Perak ke-14 untuk pertimbangan Paduka Seri Sultan Perak selaras dengan Perkara 32(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak di mana baginda bertitah sebarang ketetapan akan diumumkan selepas baginda berkenan membuat keputusan.

Beliau juga menyembah maklum mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Okt, serta syor supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRU15 diadakan serentak.Perak mempunyai 59 kerusi DUN yang terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (5), Bersatu (4), PAS (3), PKR (3), PBM (3) dan Bebas (1).

Menjemah komen facebook, netizen menyatakan bahawa “DAULAT TUANKU. Perkenan Tuanku untuk Membubar DUN sebenarnya telah memberi Mandat Kepada Rakyat bagi Memilih pemimpin2 untuk membentuk Kerajaan Yang Baharu untuk mentadbir Kemaslahatan Rakyat Negeri Perak.”

 

Sumber: SIAKAP KELI, UTUSAN MALAYSIA, ASTRO AWANI

Share.

Leave A Reply