Suri Rumah Hilang RM 500 Selepas Ditipu ‘Scammer’ Dalam Skim Bisnes Kuih Raya | “Malang tidak berbau”, begitulah ungkapan yang sesuai untuk mencerminkan nasib yang telah menimpa seorang suri rumah selepas dia menjadi mangsa kepada satu skim bisnes kuih raya yang dikatakan  menawarkan perniagaan kepada mangsa di Kulai, baru-baru ini.

Suri Rumah Hilang RM 500 Selepas Ditipu 'Scammer' Dalam Skim Bisnes Kuih Raya

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu laporan, mangsa telah ditawarkan untuk menyertai skim tersebut melalui aplikasi Whatsapp selepas skim itu dikatakan memberi tawaran untuk membuka peluang perniagaan jualan kuih raya dengan hanya bermodalkan RM 500. Mangsa juga dilaporkan tertarik melihat tawaran ini selepas scammer itu turut memberitahu mangsa bahawa penjualan kuih raya ini melibatkan pasaran antarabangsa.

Scammer tersebut terus menerus menjanjikan bulan dan bintang selepas dia turut menjanjikan modal tambahan sebanyak RM1,500 dan bakal menerima sekurang-kurangnya 1,600 balang kuih raya bagi dipasarkan ke luar negara tambah Datuk Ayob dalam mengulas isu tersebut. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa disebalik tawaran tersebut dikatakan terus memindahkan sejumlah wang kira-kira RM 500 ke dalam akaun milik pemegang nama  ‘Siti Asmah’.

Selepas selesai pembayaran kali pertama, scammer tersebut dilaporkan telah membuat perjumpaan bersama mangsa di Dewan Muhibbah, Kulai namun pada kali ini dia telah meminta mangsa untuk membuat bayaran tambahan atas alasan melibatkan pembelian kelengkapan lain.

Mangsa yang telah meragui kesahihan bisnes tersebut telah mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Kulai sebelum menerima sekurang-kurangnya tiga laporan melibatkan kes yang sama sehingga menyebabkan pihak polis kini sedang membuka kertas siasatan berhubung kes melibatkan skim Bisnes Kuih Raya.

Datuk Ayob mengulas supaya orang awam untuk lebih berhati-hati dalam melibatkan diri dalam mana-mana skim perniagaan yang menjanjikan pulangan yang berlipat-ganda serta tidak masuk akal khususnya ketika musim perayaan ini bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada ‘scammer’.

Orang awam yang turut menjadi mangsa bagi insiden ini telah diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis yang dikatakan masih dijalankan.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan menurut laporan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply