Johor Bahru : Seorang suri rumah tertekan pedal minyak kereta dipandunya ketika ingin membuat pusingan di pintu masuk utama Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar satu tiang di hospital terbabit.

Dalam kejadian 10.25 pagi tadi, kereta dipandu wanita, 46, itu pada mulanya melalui kawasan tempat menurunkan penumpang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila wanita itu tertekan pedal minyak ketika ingin membuat pusingan.

“Akibat kejadian itu, kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas melanggar satu tiang bangunan HSA.

“Wanita itu datang ke hospital untuk melawat anaknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Raub, wanita itu tidak cedera dan tiada mangsa lain terbabit.

Pada masa sama, Raub berkata, semakan mendapati suri rumah itu tidak mempunyai lesen memandu sah.

“Saman kerana memandu tanpa lesen hingga menyebabkan kemalangan telah dikeluarkan kepada mangsa.

“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Warga Emas & Dua Cucu Terbabas Kereta Rempuh Kedai Stesen Minyak

MELAKA – Seorang warga emas dan dua cucunya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang berusia 69 tahun serta dua cucunya, masing-masing 12 dan 13 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Hyundai Sonata baru sahaja selesai mengisi minyak dan ingin meneruskan perjalanan.

“Dia bagaimanapun telah tertekan pedal minyak semasa memasuki gear D dan terbabas merempuh kedai serbaneka di pam minyak tersebut.

“Akibat kemalangan itu, pemandu yang merupakan seorang pesawah dan dua cucunya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, malam tadi.

Tambahnya, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital oleh ahli keluarga yang kemudian tiba di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut beliau berkata, insiden tersebut telah dilaporkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan yang berusia 51 tahun dan kejadian tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam.

“Mujur ketika kejadian tiada pelanggan yang berada di dalam kedai serbaneka tersebut.

“Kes akan didiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply