Polis menahan pasangan suami isteri dipercayai suspek kejadian letupan yang menyebabkan seorang tukang masak terbunuh di Pandan Indah, Ampang Jaya, pada 29 Disember lalu ditahan polis, malam tadi.

Suspek lelaki dan wanita itu ditahan di Serdang, Kedah malam tadi susulan maklumat yang diterima.

Dua suspek itu kini dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Difahamkan satu kenyataan media akan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berhubung tangkapan terbabit.

Dalam kejadian jam 8.55 malam itu, tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata mangsa cedera parah pada badan dan tangan. Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber : HM

 

ARTIKEL YANG BERKAITAN

Seorang Tukang Masak M4ut Akibat Letupan Bungkusan Atas Kereta

Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dikata dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Farouk berkata, letupan itu juga mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Sejak jam 9.30 malam hingga setakat 1.30 pagi tadi, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah Bom (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply