Susulan Video Viral Di Sungai Buloh. Ini Ucapan KPN Yang Ditunggu Ramai | Tular video menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia yang mendedahkan sarang judi, penjualan rokok seludup warga asing, ini Ucapan KPN yang di tunggu-tunggu..

Bagus, Ada Orang Berani, Ikhlas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan warga asing di Sungai Buloh.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

“Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan, dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya.

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia, semalam mendedahkan kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply