Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas melanggar pokok di hadapan Sekolah Tinggi Kuen Cheng, Jalan Syed Putra di sini, awal pagi tadi.

SUV Langgar Pokok. 'Ini' Keadaan Terkini Mangsa

Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 5.15 pagi dan sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah kemudian digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rozman Abdul Rashid, berkata pasukannya tiba ke lokasi pada jam 5.24 pagi dan mendapati seorang lelaki tersepit dalam kenderaan yang remuk.

Jelasnya, kenderaan Toyota Fortuner dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Ujarnya lagi dalam satu kenyataan, mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 6 pagi.

Bagaimanapun, katanya petugas ambulans yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply