RAWANG – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tersepit di bahagian pemandu setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Rawang, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Khairul Anuar Abdullah, 32, mengalami cedera parah dan patah kedua-dua belah kaki dihantar ke Hospital Selayang setelah dikeluarkan oleh pihak Bomba.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.23 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.32 pagi.

“Setibanya di lokasi, kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan dipandu mangsa melanggar bahagian belakang sebuah lori treler di persimpangan lampu isyarat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh pasukan bomba dalam tempoh 20 minit menggunakan peralatan khas.

Ujarnya, mangsa yang mengalami cedera parah parah dan kedua-dua belah kaki seterusnya dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki M4ut, Kereta Langgar Tiang Lampu

KLANG – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar tiang lampu dalam kejadian di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas, dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Jeffrey Lim Chee Xuan, 21, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 pagi.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Kia Forte dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan,” katanya.

Hafisham berkata, ketika pihak Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi, mangsa tidak sedarkan diri dan terperangkap di dalam kereta terbabit.

“Dalam tempoh lima minit pihak Bomba dan Penyelamat berjaya keluarkan mangsa, bagaimanapun dia telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply