Tajuddin Bakal Dilantik Jadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia? | Spekulasi semakin hangat diperkatakan mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas ada ura-ura mengatakan bahawa beliau dijangka akan dilantik sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, baru-baru ini.

Tajuddin Bakal Dilantik Jadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia?

Menerusi laporan The Star, beberapa sumber telah mengatakan bahawa pelantikan itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Walaupun telah ditanya mengenai perkara tersebut kepada Tajuddin, beliau menolak pada hari Selasa (5 Okt) untuk memberi komen mengenai isu tersebut.

Jelas beliau, perkara tersebut ‘tidak begitu baik’ untuk beliau ulas dan menolak untuk menjawab soalan tersebut.

Terdahulu, Perkhidmatan Tajuddin sebagai ketua Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan pada 26 Mei berikutan sidang media yang dia berikan mengenai kecelakaan LRT di sini pada 24 Mei.

Dilaporkan kini anggota majlis tertinggi Umno ini telah dilantik sebagai ketua Kelab Backbenchers Kerajaan pada 12 September yang lalu.

Tajuddin dilaporkan telah menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sumber: The Star

Share.

Leave A Reply