Tak Beri Duit Beli Dadah, Anak Ugut Bunuh Ibu

| September 24, 2020 | 0 Comments

Tak Beri Duit Beli Dadah, Anak Ugut Bunuh Ibu | Kulim: Akibat pengaruh dadah, seorang lelaki tergamak mengugut untuk membunuh ibunya kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Kejadian berlaku pada jam 10 malam tadi di rumah mereka di Kampung Jubai, Labu Besar, di sini.

Lelaki berusia 23 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas ibunya yang berusia 57 tahun tidak memberi wang yang diminta menyebabkan suspek mengamuk dan turut merosakkan barangan dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim berkata, suspek yang dalam keadaan berang itu mengugut akan membunuh ibunya jika mangsa membuat laporan polis.

Beliau berkata, bagaimanapun ibu suspek yang bekerja sebagai tukang cuci menghubungi polis kerana bimbangkan keselamatannya.

“Susulan itu, polis menahan suspek pada jam 11.30 malam tadi di rumahnya sejurus laporan diterima daripada mangsa.

“Suspek yang tidak bekerja direman tiga hari untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azhar berkata, polis merampas sebilah pisau yang digunakan suspek untuk mengugut bunuh ibunya bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sumber : Hmetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *