Tak Mahu Anak Asyik Hadap “Phone”, Wanita Kongsi Penggunaan Aplikasi Google Family Link

| February 26, 2021 | 0 Comments
Tak Mahu Anak Asyik Hadap “Phone”, Wanita Kongsi Penggunaan Aplikasi Google Family Link | Tidak dinafikan, kini ramai kanak-kanak mudah terima dengan cepat penggunaan teknologi walaupun mereka tidak di ajar secara terperinci. Penggunaan telefon bimbit serta komputer juga seakan penting dalam kehidupan mereka pada masa sekarang selari dengan kepesatan teknologi.
Sungguhpun begitu, ibu bapa disarankan untuk mengawal aktiviti penggunaan teknologi anak-anak agar tidak melalaikan mereka. Impak negatif lebih banyak dari positif jika ia tidak dikawal dengan ketat.
Baru-baru ini, perkongsian dari Nasya Gomezs di Facebook sangat membantu ibu bapa dalam hal ini. Beliau berkongsi tentang penggunaan Google Family Link yang berfungsi sebagai mengawal penggunaan telefon bimbit terhadap kanak-kanak.
Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.
Tak Mahu Anak Asyik Hadap "Phone", Wanita Kongsi Penggunaan Aplikasi Google Family Link
Mak-mak dan pak-pak sekalian
Anak-anak ada handset sendiri?
WAJIB!!! Install Google Family Link.
Boleh set kan berapa jam anak hadap handphone, boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk apps yg mana.
Selain dari tu, kalau anak-anak nak install apa-apa apps, depa akan cari kita untuk mintak permission. Kalau time ko pergi keje, mereput lah anak ko kene tunggu ko balik keje. Tetap ada peranan parents kat situ.

Tak Mahu Anak Asyik Hadap "Phone", Wanita Kongsi Penggunaan Aplikasi Google Family Link

Tak Mahu Anak Asyik Hadap "Phone", Wanita Kongsi Penggunaan Aplikasi Google Family Link

Kalau anak-anak yang dah besar sikit, app ni boleh trace anak dok belah mana. Dan boleh bips suruh dorang balik. Sebab once kita set keloi depa, handphone dorang autolock. Kene jumpa mak pak balik lah utk buka password. (Password jgn kene hacked sudahlah. Huhu)
Banyak lah boleh dilakukan dengan apps ni.
Dannn…. kalau ko panggil anak, anak buat-buat tak respon, ko set kan “locked phone”. Automatic dia akan turun cari mak/ayah dia sendiri tanpa di panggil.
Hahahaha

Sumber : Nisya Gomezs

Tags: , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *