Dua daripada tiga pekerja kontrak yang maut ketika melakukan kerja pemasangan kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya dipercayai memasuki lurang tanpa mematuhi arahan larangan dikeluarkan penyelia mereka.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor menerusi kenyataan berkata, siasatan mendapati kejadian menimpa lelaki warga Indonesia berusia 30 hingga 42 tahun itu berlaku kira-kira pukul 3 petang, Isnin lalu.

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan pekerja subkontraktor yang dilantik bagi kerja menaiktaraf infrastruktur telekomunikasi di kawasan berkenaan.

“Ketika kejadian mereka sedang mengenal pasti lurang dan dua daripadanya masuk tanpa menghiraukan arahan larangan yang dikeluarkan.

“Mangsa ketiga cuba membantu namun gagal dan terperangkap dalam lurang itu selain tidak mampu bergerak keluar biarpun diberikan peralatan berkaitan,” katanya.

Jelas kenyataan itu, JKKP Selangor mengeluarkan notis larangan serta merta berikutan kegagalan majikan mengawal kemasukan pekerja ke dalam ruang terkurung.

“Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian turut dikeluarkan kepada pihak majikan.

“Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab jika wujud pelanggaran mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelasnya.

Tambahnya, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja termasuk melakukan kawalan risiko yang berkesan.

“Kejadian seumpama itu boleh dielak jika majikan melaksanakan penaksiran komprehensif mengikut Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

“Majikan perlu mengenalpasti bahaya di tempat kerja dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti,” ujarnya.

Terdahulu, tiga pekerja kontrak yang dilaporkan maut merupakan pekerja kontrak pemasangan kabel Telekom. Mangsa ditemui pengsan di dalam pembetung pada kedalaman lima meter.

 

Sumber : UM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Ditemukan [email protected] Di Roda Pesawat

Seorang penumpang haram ditemukan maut di bahagian roda pesawat yang berlepas dari Gambia ke Britain.

PESAWAT TUI Airways.

Jurucakap Kerajaan Gambia, Ebrima G Sankareh mengesahkan lelaki berkulit hitam yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan maut pada pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain, TUI Airways.

Katanya, pesawat itu dijadualkan berlepas dari Banjul ke Lapangan Terbang Gatwick di London, pada 5 Disember lalu.

Beliau berkata kerajaan Gambia menerima maklumat mengenai kejadian minggu ini daripada Polis Metropolitan di Sussex, England.

Beliau juga menyatakan bahawa menurut maklumat, lelaki berkulit hitam yang maut ditemukan dalam ruang roda pesawat tanpa dokumen pengenalan diri yang menyukarkan proses menentukan nama, umur, kewarganegaraan atau jadual perjalanan.

Katanya bahawa identitinya masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, pihak berkuasa Gambia sedang bekerjasama dengan polis Britain untuk menguruskan jasad lelaki itu.

Beliau bertambah lagi, mayat dibawa ke bilik mayat untuk ujian DNA dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Felo Kanan Pusat Dasar New South, Rida Lyammouri berkata, kejadian seumpama itu walaupun jarang berlaku menunjukkan betapa terdesaknya segelintir individu untuk berhijrah sehingga mengambil pendekatan berisiko.

Kejadian individu menumpang secara haram dari Afrika ke Eropah melalui pesawat dan kapal banyak berlaku sebelum ini.

November lalu, tiga penumpang dari Nigeria ditemukan selamat di atas kemudi kapal di Kepulauan Canary selepas melalui pelayaran laut selama 11 hari.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply