Tak Puas Hati Putus Tunang, Lelaki Tik4m Wanita Sebanyak 8 Kali Hingga M4ti | AKIBAT cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan, seorang lelaki tergamak menikam bekas tunangnya sebanyak lapan kali dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli belah terbabit dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.

Katanya, susulan daripada panggilan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

“Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

“Oleh itu, suspek cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya, namun mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi,” katanya dalam kenyataan pada tengah malam Selasa.

Katanya lagi, berang dengan keputusan mangsa menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa.

“Suspek menikam sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh mangsa sehingga menyebabkan kematian.

“Pihak paramedik yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamat mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1 petang sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk dibedah siasat.

“Suspek pula ditahan reman untuk membantu siasatan dan pisau yang digunakannya turut dirampas,” katanya.

Kalsom berkata, kes yang disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan itu dianggap telah selesai selepas suspek berjaya ditangkap.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Geram Dibandingkan Dgn Bekas Isteri, Wanita Tikam & Bakar Kereta Suami | Seorang wanita  menikam suaminya sebelum membakar kereta mangsa kerana sering dibandingkan dengan bekas isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham bergegas ke lokasi kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera.

Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36,  dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.

Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.

Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.

Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.

“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya.

“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” kata Tik dalam keadaan sebak.

Polis menyoal siasat wanita itu dan kemudian menghubungi suaminya yang cedera untuk membincangkan kes tersebut bagi meneruskan tindakan undang-undang.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply