Berbanding  Semenanjung Malaysia, jarak antara setiap pekan atau bandar di Sarawak amat besar. Bagi merekaa yang tidak mempunyai lesen apalagi kenderaan persendirian, menaiki bas ekspres atau ‘henti-henti’ jadi pilihan utama kerana lebih selesa dan murah untuk menempuh perjalanan jauh.

Bagaimanapun, netizen dikejutkan dengan insiden pemergian seorang bayi dalam bas ekspres pada Isnin lalu. Seorang ibu dari Pekan Ulu dikatakan mahu menghantar anaknya pergi berubat di Kuching.

Namun, ketika bas tersebut berhenti rehat di Jelukong Rest Stop, ibu kepada bayi tersebut tidak menyangka yang anaknya sudah tidak bernafas lagi.

Oleh kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku, ibu tersebut bahkan dilihat meberi pandangan kosong sambil mendakap erat dan mengusap kepala anaknya berdasarkan rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Jessa Bandang.

Susulan kejadian itu, kebetulan seorang ketua rumah panjang (tuai rumah) menawarkan bantuan untuk membawa bayi tersebut ke pusat perubatan Betong dengan harapan boleh menyelamatkan bayi tersebut.

Dia turut menawarkan wang tunai berjumlah RM300 kepada ibu tersebut sebagai belanja untuk menempuhi perjalanan balik semula ke rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tidak boleh bayangkan betapa pilunya perasaan sekiranya berada dalam posisi ibu tersebut.

Sambil mengucapkan ucapan takziah, mereka akui pemergian bayi tersebut sangat tenang seolah-olah sedang tidur.

Diucapkan takziah kepada ibu tersebut dan semoga segala urusan dipermudahkan.

 

Sumber : KisahDunia

Share.

Leave A Reply