Tak Sempat Elak Kereta Tukar Lorong, Lelaki M4ut Kemalangan | KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menemui ajal apabila melanggar sebuah kenderaan yang ingin bertukar lorong dalam satu kejadian di persimpangan simpang 3 Jalan Klang Lama, Jalan 1/137C, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Polis Kuala Lumpur menerima laporan pada pukul 2.45 petang.
Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku pada pukul 1.05 petang.
“Kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun dari arah Puchong menghala ke Mid Valley menukar lorong dari lorong ketiga untuk memasuki Jalan 1/137C.
“Penunggang motosikal yang berada di lorong kedua haluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.
“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun jatuh di lorong pertama dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum maut dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT) Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau hotline trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.
Sumber: KOSMO
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Anak Lukis Seakan Memakai Kain Kafan, Rupanya Petanda Maut Kemalangan
Anak Lukis Seakan Memakai Kain Kafan, Rupanya Petanda Maut Kemalangan | Menerusi Facebook Wunny Amir, wanita tersebut memuat naik beberapa hantaran meluahkan kerinduan terhadap anak lelakinya dikenali sebagai Aydan Hadiff yang meninggal dunia, baru-baru ini.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut maut dalam satu kemalangan melibatkan mereka sekeluarga ketika hendak pergi menunaikan solat tarawih di masjid, dengan Wunny dikatakan mengalami cedera ringan dan suaminya patah kaki.
Berkongsi kisahnya, wanita itu menceritakan anaknya pernah menunjukkan hasil lukisan memperlihatkan mereka tiga beranak dengan nada penuh keceriaan.
“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ni Aydan tengan tidur,” kata kanak-kanak tersebut berdasarkan perbualan dikongsikan Wunny.
Wanita itu turut memuji lukisan itu ‘comel’ selain bertanyakan Aydan Hadiff sedang tidur di lukisan tersebut, sebaliknya dia dan suami tidak tidur.
“Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah,” ujar kanak-kanak tersebut dan wanita itu bertanya lagi kedudukan Aydan Hadiff yang terlalu jauh serta bukan berada di tengah mereka.
Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut hanya ketawa dan Wunny turut mempersoalkan lukisan tersebut yang menunjukkan Aydan Hadiff tidak mempunyai kaki dan tangan.
“Mama ini yang macam bayi pakai tu mama. Aydan jadi bayi balik,” kata kanak-kanak itu sambil dinyatakan ibunya iaitu bedung.
“Allahu rupanya bukan kain bedung, tapi kain kafan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, ‘sebiji’ dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” kata wanita tersebut.
Sumber : Kosmo