Tak Sempat Memotong, Pelajar Maut Rempuh Lori

| October 13, 2020 | 0 Comments

Tak Sempat Memotong, Pelajar Maut Rempuh Lori | Baling: Pelajar sekolah menengah maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Ketil-Parit Panjang, berdekatan Kampung Tembak B, di sini, petang semalam.

Mohammad Eqmal Al-Haqimi Rosli, 15, dari Kampung Baru, Batu Besar, Mukim Teloi, Sik, maut di tempat kejadian apabila motosikal yang diboncengnya bertembung dengan lori.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali, berkata polis menerima panggilan kira-kira jam 3.30 semalam mengenai kemalangan berkenaan.

Beliau berkata, pelajar berkenaan dalam perjalanan dari arah Parit Panjang menuju Kuala Ketil, manakala lori dari arah bertentangan.

“Motosikal mangsa cuba memotong kereta dan memasuki laluan kanan menyebabkan lori tidak sempat mengelak, lalu bertembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata, pemandu lori berusia 49 tahun dari Padang Serai, Kulim bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : BH

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *