Taktik Terbaru ‘Scammer’ Paksa Terima, Bayar Barang Tak Diketahui | Seorang wanita medakwa menjadi mangsa penipuan apabila menerima bungkusan barang secara tiba-tiba dan perlu membayar barang tersebut ketika penghantaran dibuat.

Wanita yang dikenali sebagai @hawanis_ mendakwa, bungkusan barang yang dihantar daripada sebuah kedai ‘online’ (dalam talian) itu tidak pernah dipesan olehnya malah terpaksa membayar harga barang berjumlah RM69.

“Ramai dah terkena termasuk diri saya sendiri. Saya tidak mahu orang lain kena sebab ramai dah jadi mangsa ‘scammer’ ni sebab terpaksa membayar RM69 tu.

“Scammer itu siap ugut orang tua untuk bayar barang tersebut padahal memang tidak pernah beli pun,” kata @hawanis_.

Menurutnya lagi, dia juga pelik bagaimana ‘scammer’ tersebut mendapat data peribadinya sehingga nama, alamat dan nombor telefonnya tertera sebagai penerima di atas bungkusan berkenaan.

Lebih mengejutkan, bukan hanya dia sahaja menjadi mangsa penipuan, malah ramai juga tampil mendedahkan perkara sama apabila mereka terpaksa membayar sejumlah wang ketika penghantaran barang.

“Abah biasa kena, tiba-tiba sampai barang yang dia tidak pernah pesan. Hangus juga RM99,” ujar @faaaarrraaahhhhh.

Malah, rata-rata di ruangan komen berkata ‘scammer’ tersebut menggunakan kurier dan alamat penghantar yang berbeza-beza sebagai modus operandi mereka.

“Kes yang sama hari itu saya kena. Kedai yang sama ini caj RM69 ketika penghantaran. Hari itu saya kena RM184, dan alamat kedainya pun dah lain. Perlu beritahu ibu bapa masing-masing supaya jangan bayar langsung,” ujar @sffeaaa_.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

BKM 4 HARAM Diterima Rakyat – Tun Mahathir. | MELAKA: Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kuasa yang ada kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri caretaker, selepas Naib Presiden UMNO itu meluluskan peruntukan RM2.1 bilion bagi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang diterima rakyat mulai esok.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, memandangkan kerajaan Persekutuan yang mentadbir negara selepas pembubaran Dewan Rakyat adalah sebuah kerajaan caretaker, Ismail Sabri tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan kerana ia perlu mendapat kelulusan Parlimen.

Tegasnya, oleh itu bayaran BKM berkenaan haram diterima rakyat kerana tidak sah dan tidak halal memandangkan dakwanya perbuatan itu sama sahaja seperti mencuri duit rakyat.

“Bila tidak ada Parlimen yang telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dia (Ismail Sabri) tak boleh buat apa-apa usul.

“Dia tak boleh belanja wang yang banyak kerana semua perbelanjaan dan semua usul mesti diluluskan dalam Parlimen, barulah wang tersebut jadi halal.

“Nampak sangat dia tak boleh tunggu kerana dia nak pengaruh, nak dapat undi maka dia ambil duit kerajaan berjumlah RM2.1 bilion nak bagi pada semua orang,” katanya semasa berucap pada Himpunan Pejuang Melaka di Taman Cempaka di sini, malam tadi.

Program tersebut dihadiri lima calon GTA yang bertanding di Parlimen Masjid Tanah, Tangga Batu, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Jasin.

Khamis lalu, Ismail Sabri mengumumkan, bayaran BKM yang sepatutnya diterima rakyat Disember ini dipercepatkan bagi membantu menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula esok dan dijangka selesai 18 November ini, iaitu sehari sebelum rakyat keluar mengundi PRU15.

Tambah Mahathir, peruntukan tersebut hanya menjadi halal jika usul itu dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

“Bila tidak ada Parlimen dia gasaklah. Ini lah Ismail Sabri awal-awal lagi kita nampak semua pemimpin Barisan Nasional (BN) asyik curi duit sahaja, tak boleh lepas ada peluang nampak duit sahaja dibalunnya,” ujarnya.

SUmber : UM

Share.

Leave A Reply