Pemandu kereta yang tular selepas melanggar sebuah motosikal di kilometer 7 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi di sini, kelmarin tidak berhenti dan meneruskan perjalanan kerana takut dan panik.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, bagaimanapun pemandu terbabit,  seorang lelaki berusia 30 an itu membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit tidak lama kemudian.

Katanya kejadian berlaku jam 9 pagi apabila pemandu kereta secara tiba-tiba menukar lorong kiri ke laluan tengah.

“Pemandu hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal  ditunggang lelaki tempatan berusia 40 an.

“Penunggang mososikal hanya mengalami kecederaan kecil di badan, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu kereta telah membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan,”katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 20 saat menunjukkan sebuah kereta menukar lorong dari kiri ke tengah secara laju telah melanggar sebuah motosikal.

Sumber : BuletinTV3

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOELH DIBACA

Elak Haiwan Melintas, Dua M4ut Dalam Nahas

RANTAU PANJANG – Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai bergesel dengan sebuah kereta yang cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang di Kampung Rahmat, Lubok Stol di sini pada Ahad.

Motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dinaiki Mohamad Ghadafi Mohd Tahir, 30, dan Kamarodeng Chemae, 28, dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki gaung pada jam 12.05 tengah hari bersama dengan kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun itu datang dari arah Rantau Panjang ke Jeli.

“Setiba di lokasi tiba-tiba seekor binatang yang tidak dikenal pasti telah melintasi jalan dari arah kiri ke kanan.

“Kereta terbabit cuba mengelak dan memasuki jalan bertentangan lalu bergesel dengan motosikal yang datang dari arah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kejadian itu telah menyebabkan kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki gaung.

Ujarnya, Mohd Ghadafi disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala Kamarodeng semasa dalam perjalanan ke Hospital Lati.

Kama Azural memberitahu, pemandu dan penumpang kereta terbabit menerima rawatan sebagai pesakit luar di zon kuning hospital yang sama.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply