Tampar Muka Pekerja Restoran Gara-Gara Disuruh Memakai Pelitup Muka.

| July 22, 2020 | 0 Comments

Tampar Muka Pekerja Restoran Gara-Gara Disuruh Memakai Pelitup Muka. | Berang tidak dibenarkan masuk ke restoran kerana tidak memakai pelitup muka, seorang pelanggan bertindak menampar muka pekerja restoran dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.15 pagi, 15 Julai 2020 di Satok, Kuching, Sarawak.

Terdahulu, pasangan itu datang dan mahu masuk ke restoran tersebut tetapi didatangi oleh pekerja restoran yang meminta mereka untuk memakai pelitup muka sebelum masuk. Namun, mereka enggan memberi kerjasama dan mendakwa restoran lain tiada mengenakan syarat seperti itu.

Melihat kekecohan itu, datang seorang lagi pekerja yang mahu cuba menyelesaikan masalah tersebut dan tidak semena-mena pelanggan lelaki itu menengking dan menampar muka pekerja berkenaan.

Suspek dan teman wanitanya terus beredar dari restoran, tanpa menyedari perbuatannya itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Tidak beberapa lama kemudian, restoran menerima panggilan dari individu yang dipercayai suspek mendakwa pekerjanya bersikap kurang sopan dan menghalang pelanggan untuk menikmati makanan di premis tersebut.

Pihak restoran mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, pihak restoran menegaskan bahawa, tindakan pekerjanya meminta pelanggan memakai pelitup muka bukanlah untuk menyukarkan keadaan tetapi untuk keselamatan semua orang di sekeliling.

Pemakaian topeng pelitup muka bukan perkara yang wajib di Malaysia. Namun dalam kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memaklumkan, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka di tempat awam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak, individu yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara.

Sumber : THEVIBES

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *