Tangan Misteri Muncul Bawah Pintu Tandas Awam, Kemudian Ini Yang Berlaku.. | Seorang lelaki berkongsi pengalaman menakutkan namun lucu semasa menggunakan tandas awam di Indonesia apabila terdapat tangan ‘misteri’ yang muncul di bawah pintu semasa dia sedang membuang air besar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram @parodireceh.id, lelaki itu pada mulanya panik apabila melihat terdapat tangan tiba-tiba muncul di bawah pintu.

Pada mulanya dia menyangka ada individu yang cuba mengintai ke dalam atau cuba membuka pintu.

Namun rupa-rupanya, ia merupakan tangan seorang pencuci tandas yang ingin mengelap batang besi pintu tandas tersebut.

“Akan ku bersihkan setiap sudut tandas meskipun ada yang tertutup atau terkunci,” tulis kapsyen video tersebut.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi lucu pengguna media sosial yang dalam masa sama mempertikaikan tindakan pencuci tandas itu.

“Harap bersabar dahulu sehingga pengguna keluar tandas jika mahu menjalankan tugasan sekali pun,” komen seorang pengguna media sosial.

Netizen juga turut meninggalkan pelbagai komen.

“Mesti dia ingat tu tangan zombie kampung pisang.” Kata seorang netizen.

“Dasatnya tukang cuci. Sampai macam tu sekali cuci tandas. Semua bucu dicuci” Komen seseorang lagi.

“Semoga lepas ini lelaki itu tidak panik lagi bila ternampak tangan” tulis seseorang.

“Masa tulah dia nak cuci jamban, kalau saya pun terkejut kalau begini” ulas netizen lagi.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply