Tangguh PRU Parlimen Padang Serai? Ini Respon Calon BN/PN | Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai tidak perlu ditangguh walaupun berlaku kematian calon Pakatan Harapan (PH) Karupaiya Mutusami memandangkan undian awal telah berjalan.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk Sivaraj Chandran berpendapat, atas faktor tarikh pengundian semakin hampir dan hanya tinggal dua hari sahaja lagi, sepatutnya ia harus diteruskan.

Menurut kenyataan Ketua Pasukan Petugas Khas Demokrasi dan Undang-undang Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said, penangguhan tidak perlu memandangkan pengundian awal telah berjalan.

Beliau berkata, bagaimanapun, mereka perlu menunggu kenyataan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan perkara itu.

Jelas Sivaraj, walaupun berlainan politik dan bersaing secara sihat bagi mendapatkan kerusi Parlimen Padang Serai, namun tetap menghormati pemergian penyandang kerusi berkenaan.

Katanya ada masa sama, saya telah minta jentera hentikan kempen kami (BN) sehingga mendiang dikebumikan, dijangka pada jam 2 petang Khamis.

Seorang lagi calon Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin (PN) berkata, keputusan sama ada tangguh atau teruskan PRU15, hanya boleh ditentukan SPR.

Kalau ikut kenyataan media SPR, mereka akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU15 bagi kerusi Padang Serai.

Katanya,  bagi kami (PN) tiada masalah, kita ikut apa cadangan SPR, nak tangguh atau nak terus pun tiada masalah.

Beliau dalam masa sama mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan semua jentera PH agar terus bersabar setelah kematian Karupaiya.

Dalam pada itu Azman menyifatkan mendiang sebagai sahabat lama yang berdedikasi dalam tugasnya.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas berkata, mereka bersahabat baik ketika sama-sama berjuang dalam PKR sebelum Azman mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, biarpun mendiang merupakan lawan politik dalam PRU15 untuk merebut kerusi Padang Serai, namun persahabatan tetap terjalin sebagai rakan.

Katanya, beliau berasa sedih atas kematian mendiang, walaupun kami kini berbeza parti politik, mendiang adalah sahabat lama ketika sama-sama berjuang dalam PKR.

Azman yang pertama kali bertanding di kerusi parlimen selepas dua penggal bertanding kerusi DUN Lunas menjelaskan, gerak kerja PN sudah tersusun dan mencakupi 85 peratus namun tetap akur sehingga SPR membuat keputusan sama ada teruskan atau menangguhkan pilihan raya.

Pada PRU14, Karupaiya telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,813 selepas menewaskan Datuk Dr Leong Yong Kong (MCA) dan Muhammad Sobri Osman (Pas).

Kerusi itu pada PRU15 menyaksikan pertembungan enam penjuru selain Sivaraj dan Azman, ia turut dibarisi Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK (Bebas).

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

PRU15: Edar Risalah Politik Dalam Blok TLDM, Tiga Lelaki Ditahan

PRU15: Edar Risalah Politik Dalam Blok TLDM, Tiga Lelaki Ditahan | Polis telah menahan tiga orang lelaki atas kesalahan mengedar risalah sebuah parti politik di pekarangan Blok A8 RKTLDM Lumut semalam.

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua Polis Perak telah menyatakan bahawa polis menerima aduan berhubung kejadian itu daripada seorang petugas pasukan rondaan Provos Tentera Laut (PROTELA) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Datuk Yusri juga berkata, suspek warga tempatan berusia 19 hingga 33 tahun itu ditahan oleh petugas PROTELA kerana mengedar risalah politik dalam pangkalan TLDM yang diwartakan sebagai kawasan larangan.

Beliau bertambah lagi, beliau ingin menasihatkan semua parti yang bertanding supaya patuhi segala peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau juga meminta semua parti perlu mematuhi Akta 298, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Mana-mana individu yang gagal mematuhi perkara ini boleh dikenakan penjara atau denda seperti mana yang dinyatakan di dalam Seksyen 7 akta yang sama.

Datuk Yusri berkata dalam kenyataan hari ini bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Di samping itu, berdasarkan Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, individu yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply