Tangki Oksigen Klinik Meletup, 19 Maut

| June 30, 2020 | 3 Comments

Tangki Oksigen Klinik Meletup, 19 Maut | Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam kejadian letupan di sebuah klinik di utara Tehran, Iran pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap Jabatan Bomba Jalal Maleki.

Beliau berkata, 15 daripada mangsa yang maut itu terdiri wanita dan empat lelaki, manakala enam lagi cedera.

Seramai 20 orang yang terperangkap dalam bangunan itu diselamatkan anggota bomba, tambah beliau.

Letupan kuat itu turut menyebabkan kebakaran di bangunan Klinik Perubatan Sina yang terletak di kawasan sesak dekat dengan dataran Tajrish.

Laporan media tempatan mengatakan punca kejadian disebabkan tangki oksigen meletup.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *