Tegas! Permaisuri Johor Bertitah JANGAN SALAH GUNA Kurniaan Istana Untuk Raih Populariti | JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah menitahkan agar sebarang kurniaan daripada Istana Johor tidak sepatutnya disalah gunakan untuk meraih populariti di media sosial.

Ini merujuk kepada akaun TikTok ‘shafeqyahya’ yang menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene, Johor Bahru di media sosial baru-baru ini,

Dalam hantaran di akaun Facebook, The Royal Johor, baginda bertitah tidak mengenali pemilik akaun TikTok tersebut.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka.

“Saya tidak mengenali siapa ‘shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalahgunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga diraja Johor,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

Dalam beberapa video TikTok yang dikongsikan pemilik akaun tersebut memaparkan beberapa kurniaan dari Istana Johor seperti loket rantai, syiling berwarna emas, set pen serta tasbih dan samping raya.

Ada diantara perkongsian itu mendapat sehingga lebih 19,000 tanda suka.

SUMBER : Astro Awani

Share.

Leave A Reply