Tegur Lelaki Hembus Asap Vape Depan Anak, Bapa [email protected] Ditikam | Seorang ayah di Kanada mati ditikam di hadapan anak perempuannya sendiri selepas menegur seorang lelaki supaya tidak menghisap vape di hadapan kanak-kanak itu dalam kejadian pada Ahad.
Lapor NY Post, mangsa, Paul Stanley Schmidt, 37, dan anak perempuannya Erica pada awalnya berada di luar sebuah kedai kopi sekitar 5.30 petang bersama tunangnya, Ashley Umali.
Menurut sumber keluarga mangsa, suspek yang berusia 32 tahun itu melakukan serangan mengejut tersebut selepas mangsa (Paul) memintanya untuk tidak menghembuskan asap vape ke arah Erica.
Semasa kejadian itu, tunang Paul, Ashley sedang membuat pesanan minuman untuk ibunya, Kathy Schmidt di kaunter.
Katanya, (bagaimanapun) semuanya bermula oleh suspek yang menghisap vape di sebelah bayi itu. Keadaan itu membuatkan tunang mangsa terkejut dan dia sangat sedih.
Difahamkan kejadian tersebut turut dirakam dan videonya tersebar di media sosial.
Berdasarkan video tular, kejadian ngeri itu berlaku apabila suspek bertindak bangun (selepas ditegur) dan menikam Paul serta-merta di situ.
Insiden tersebut berlanjutan sehingga Paul memegang perutnya (yang cedera akibat ditikam) akibat sakit sebelum rebah ke tanah.
Dalam pada itu, ibu mangsa turut meluahkan rasa sedih kerana terkejut dengan pemergian anaknya yang meninggal dunia sekelip mata.
Katanya, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian tidak menghulurkan bantuan.
Ibu mangsa menyatakan bahawa dia amat terkejut kerana tiada sesiapa dari kedai kopi itu memberi pertolongan kepada anaknya.
Ibunya luah perasaan bahawa sehingga anaknya berada dalam keadaan nazak barulah seseorang memanggil pegawai berdekatan di kaki lima.
Sementara itu, jurucakap polis, Steve Addison berkata, pegawai polis yang sedang melakukan rondaan ketika itu dipanggil ke tempat kejadian kira-kira 5.40 petang hari yang sama.
Jelasnya, suspek akhirnya ditahan pegawai polis berkenaan namun tidak melawan.
Rentetan video itu tular, justeru orang ramai diminta tampil untuk membantu siasatan serta meneliti motif pembunuhan.
Terdapat sejumlah besar saksi yang memberitahu mengenai apa yang berlaku. Apa yang mereka fokuskan sekarang ialah mengapa kejadian ini berlaku.
Katanya, apakah peristiwa yang sebenar hingga membawa kepada jenayah yang sangat serius ini?
Dalam pada itu, Addison turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video rakaman serangan itu di media sosial.
Ia video grafik. Mereka galakkan orang ramai untuk tidak berkongsi video itu.
Beliau mengujar, sekiranya anda adalah saksi kejadian, sila tampil ke hadapan dan bercakap dengan penyiasat mereka.
Difahamkan suspek telah didakwa dengan pembunuhan tahap kedua, tetapi keluarga mangsa mahu pertuduhan itu dinaikkan kepada tahap pertama yang memerlukan bukti premedikasi.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Lelaki Mengamuk Cuba Tikam Pramugari Halang Buka Pintu Kecemasan Pesawat
Lelaki Mengamuk Cuba Tikam Pramugari Halang Buka Pintu Kecemasan Pesawat | Lelaki dari Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) mencetuskan panik apabila membuka pintu kecemasan sebuah pesawat dari Los Angeles ke Boston.
Lelaki itu juga bertindak agresif apabila cuba menikam seorang pramugari di leher dengan sudu besi yang patah, dakwa pendakwa raya persekutuan pada Isnin.
Francisco Severo Torres, 33, dari Leominster, bagaimanapun berjaya dihalang dengan bantuan penumpang dan anak kapal.
Pejabat peguam AS di sini dalam satu kenyataan memaklumkan Torres ditahan pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan Boston ketika pesawat United Airlines 2609 itu, mendarat.
Kenyataan sama memberitahu Torres didakwa cuba mengganggu kru penerbangan menggunakan senjata berbahaya.
Lelaki itu didakwa di mahkamah persekutuan, pada Isnin, dan menunggu perbicaraan yang dijadualkan pada Khamis.
Difahamkan, insiden berlaku selepas 45 minit berlepas, sebaik ada isyarat daripada penggera bahawa pintu sisi pesawat itu dibuka, kata pendakwa raya.
Menurut pihak berkuasa, seorang pramugari menyedari pemegang pengunci pintu dialihkan keluar dari kedudukan terkunci sepenuhnya.
Anak kapal segera mengunci semula pintu berkenaan.
Ia kerana pintu pesawat tidak boleh dibuka ketika penerbangan kerana ia memberi kesan kepada tekanan kabin.
Menurut kertas pertuduhan, Torres memberitahu penyiasat bahawa dia pergi ke bilik air pesawat dan menggunakan sudu untuk membuat senjata.
Sebaik keluar dari tandas, Torres cuba membuka pintu pesawat untuk melompat keluar tetapi tidak berjaya.
Sumber: Harian Metro