Tegur Tak Beri Signal,Punca Pemuda Dipukul| Zaman sekarang agak susah untuk menegur kesalahan orang lain kerana masing-masing mempunyai ego tersendiri meskipun menyedari kesalahan mereka dengan jelas.

 

Kota Kinabalu: Hanya kerana menegur signal seorang pemuda patah tujuh gigi dan cedera pada kepala dan tangan setelah dibelasah oleh  seorang pemandu kereta lain di lampu isyarat dalam kejadian di Jalan Kolam,Kota Kinabalu,kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa  berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 terbabit telah berselisih dengan sebuah kereta perodua Alza.

Ketika berada di lampu isyarat, mangsa dikatakan menegur pemilik kenderaan terbabit kerana tidak memberikan isyarat untuk memasuki lorong laju.

Walaubagaimanapun, pemandu kereta perodua Alza terbabit yang merasa berang kerana ditegur  bertindak agressif dengan mengambil batang besi dan memecahkan cermin kereta mangsa sehingga menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengikut laporan yang diterima beliau suspek dikatakan turut memukul mangsa di kepala dan tangan mengunakan batang besi tersebut.

Menurutnya, setelah bertindak demikian suspek kemudian masuk ke dalam kereta dan terus pergi meninggalkan lokasi kejadian.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibantu oleh orang awam untuk keluar dari kereta. Kemudian, mangsa bertindak menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital yang berhampiran.

Beliau dalam kenyataannya juga mengatakan bahawa setakat ini suspek yang berusia 36 tahun itu sudah pun dikenal pasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan denda atau sebat.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply