Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah

| July 13, 2021 | 0 Comments

Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah | Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkenaan tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh yang telah diconteng dengan menggunakan cat merah pada awal pagi semalam.

Tembok Masjid Diconteng Dengan Cat Merah

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang ahli jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada jam 9.07 pagi. Kejadian disedari pada jam 5.15 pagi ketika pengadu dan isteri tiba di masjid lalu mendapati terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid.

Ketika itu tiada kelibat individu lain di sekitar kawasan itu melainkan pengadu dan isterinya. Pengadu yang juga merupakan muazin masjid tersebut memaklumkan bahawa beliau akan memasangkan alunan bacaan ayat al-quran selama 10 minit setiap hari sebelum melaungkan azan solat subuh.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *