Tengah Bersih Longkang, Petugas Highway Terkejut Temui Sesuatu. Ada VIDEO.

| February 19, 2021 | 0 Comments

Tengah Bersih Longkang, Petugas Highway Terkejut Temui Sesuatu | Kejadian berlaku di Lebuhraya PLUS arah Pagoh. Seorang pekerja penyelenggara highway terkejut temui sesuatu semasa membersih longkang. Ada video.

Temui Tengkorak dan Kereta Terlibat Kemalangan Di Longkang

Seorang mangsa ditemukan hanya tinggal tengkorak selepas dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat daripada pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang melakukan kerja pembersihan longkang mengenai penemuan sebuah kereta dan satu tengkorak manusia di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya pada 1.10 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya, manakala tengkorak pula dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu.

Berikut merupakan video-video kereta diangkat dari cerun lebuhraya

Menurutnya, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan sudah dihubungi pihak polis serta sedang menunggu waris untuk siasatan lanjut.

“Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti identiti mangsa melalui pemilik kenderaan yang dikenal pasti dan akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan.

“Tengkorak manusia itu kemudian dibawa ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu dan menunggang kenderaan.

Katanya, mereka perlu memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini.

Komen Netizen

محمد افهم عزمين
1. Jarak antara dua exit yong Peng – pagoh adalah yg terpanjang di Malaysia
2. Kejadian dikatakan berlaku Mei 2020, waktu itu PKPB 1.0 hampir tiada kereta dan lori atas jalan
3. Mangsa masuk jauh ke dalam
Kesemua faktor ini menyukarkan mangsa untuk dikesan.
RIP untuk mendiang

Ajep
Bayangkan mendiang masih hidup lagi time dah termasuk dalam longkang tu. Tapi dah cedera parah, terpaku dlm kereta. Mungkin meronta,merintih berhari². Lapar,sakit dan akhirnya meninggal.
*ni andaian aku je la. Sedih

Jang En Kamal
Berdekatan sebelah banjaran gunung moakil… jambatan hiway… jln kangkar senagar

Sobri Sulaiman
Mcm kawan aku dlu eksiden kat jalan mahang kulim..nasib baik laa ada org jumpa dia…
P Ajie Nina
lebih kurang mcm hg kena dlu..huhuhu

Lagi gambar-gambar di tempat kemalangan







Sumber: Harian Metro via FB Info Polis/JPJ

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *