Seorang remaja berusia 14 tahun hamil tiga bulan selepas dipercayai dirogol dua lelaki secara berasingan di rumahnya di Lorong Guru berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibrahim Dua, di sini.

Terbongkar! Remaja 14 Tahun Hamil Tiga Bulan. 'Ini' Sebabnya..

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa hadir ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung sebelum kes itu dimaklumkan kepada polis.

Katanya, hasil soal siasat mendapati remaja itu mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berbeza berusia 22 dan 17 tahun pada 19 Februari dan 28 Mac lalu di bilik tidur di rumah neneknya.

Jelasnya, remaja berkenaan mengaku melakukan hubungan seks dengan suspek berusia 17 tahun disedari datuknya, namun lelaki itu bertindak melarikan diri melalui pintu utama.

Ujarnya, bagaimanapun, suspek kembali semula ke rumah itu selepas dipanggil dan hasil perbincangan dengan ibu lelaki terbabit, dia bersetuju memastikan anak lelakinya bertanggungjawab atas perbuatan yang mereka lakukan.

Katanya lagi dalam satu kenyataan, selepas menyedari usia kandungan semakin bertambah, mangsa datang ke klinik kesihatan sebelum diarahkan pegawai kesihatan bertugas untuk merujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II kerana hamil di bawah umur.

Muhammad Zaki berkata, suspek sudah dikenal pasti dan usaha untuk menahannya akan dilakukan dengan kadar segera bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan sudah berhenti sekolah dan tinggal bersama datuk dan neneknya sejak berusia setahun.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply