Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta Perodua MyVi yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah trak pikap di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pemandu kereta berkenaan, Mohd. Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd. Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat orang mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya.

Choon Foo memberitahu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Katanya, mayat mereka dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Penumpang belakang Perodua Myvi yang turut tercampak keluar ke sebelah kanan jalan mengalami kecederaan pada kepala manakala seorang penumpang pikap turut cedera di bahagian sama. Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sumber : UM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA’

 

Gagal Buat ‘Uturn’. Seorang Wanita [email protected] Kereta Dirempuh Bas. |

TANGKAK – Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya gagal membuat pusingan U sehingga dirempuh sebuah bas yang datang dari arah belakang di pekan Bukit Gambir, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian pukul 8.34 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

“Polis menerima laporan pagi tadi berhubung kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Viva dan bas ekspres yang dilaporkan dari arah Bukit Gambir menghala ke Sungai Mati.

“Kedua-dua kenderaan ini dari arah sama, namun bas yang berada di belakang kereta Viva telah merempuh kenderaan mangsa ekoran tindakan wanita itu yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di pekan ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd. Fadhil, kenderaan mangsa sebelum itu berada berhampiran kedai dan sedang membuat pusingan U di kawasan garisan berkembar untuk menghala ke arah Bukit Gambir.

“Pemandu bas yang tiba di lokasi kejadian cuba memberhentikan kenderaan namun gagal kerana jarak mereka terlalu dekat sehingga terlanggar bahagian kanan pintu hadapan kereta mangsa.

“Pemandu bas berusia 51 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa yang maut kini dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply