Tercekik Rambutan, Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut

| July 5, 2020 | 0 Comments

Tercekik Rambutan, Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut | Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai tercekik rambutan di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau, Baling, 3 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya.

Katanya, ketika kejadian, bapa bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau.

“Namun tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher.

“Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *