Terdengar ‘Suara Halus’ Punca Lelaki Terjun Jambatan

| May 4, 2021 | 0 Comments

Terdengar ‘Suara Halus’ Punca Lelaki Terjun Jambatan | Sudah sekian lama terdapat begitu banyak kes terjun dari jambatan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang pertama dan juga kedua. Telah banyak kes yang meragut nyawa individu yang terjun dari jambatan itu. Namun kes kali ini agak berbeza dan juga mistik.

Terdengar Suara Halus Punca Lelaki Terjun Jambatan

Pulau Pinang: Seorang lelaki telah dioercayai terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS). Tragedi itu telah berlaku di kilometer 15 jambatan itu dari Batu Maung menuju ke arah Batu Kawan.

Tindakan pantas pihak bomba yang hadir dengan kadar segera di lokasi kejadian telah berjaya menyelamatkan nyawa individu lelaki itu yang mengancam untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut itu. Lelaki itu turut meninggalkan sebuah kenderaan milik syarikat yang dipandunya di bahu jalan jambatan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.15 pagi. Tugas menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Rohaizal Abdul Aziz.

Apabila pihak bomba dan penyelamat tiba di lokasi, mereka mendapati lelaki itu sedang dalam keadaan terkapai-kapai serta hampir lemas di dalam laut selepas terjun dari jambatan itu. Anggota bomba dengan segera membuat keputusan untuk menggunakan kaedah ‘rappelling’ bagi menyelamatkan mangsa. Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit bagi menyelamatkan mangsa.

Apabila disoal siasat, lelaki itu mendakwa bahawa dia terdengar suara halus yang mendorongnya untuk terjun ke laut itu. Dia kini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut setelah diselamatkan. Operasi menyelamat itu tamat pada jam 7.30 pagi.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *