Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas, Bayi Baru Lahir Maut | Sabak Bernam – Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan maut selepas lemas terjatuh di dalam mangkuk tandas dalam sebuah rumah di Sekinchan di sini hari ini.

Bayi tersebut dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya berusia 37 tahun ketika hendak membuang air besar.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.03 petang dengan sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba tiga minit kemudian.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kejadian dikatakan berlaku apabila wanita yang hamil tujuh bulan itu telah melahirkan anak secara tidak sengaja di dalam tandas ketika membuang air besar.

Katanya, bayi lelaki yang dilahirkan itu telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas tersebut.

“Bomba kemudiannya telah memecahkan mangkuk tandas tersebut dan berjaya mengeluarkan bayi berkenaan dalam tempoh 10 minit.

“Pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kemudiannya mengesahkan bayi itu meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Hafisham menjelaskan, ibu mangsa yang berada dalam keadaan stabil telah dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan lanjut.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply