Terjun Jambatan, Lelaki Dikhuatiri Lemas

| September 20, 2020 | 0 Comments

Terjun Jambatan, Lelaki Dikhuatiri Lemas | Lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Sultan Ismail 1 di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, mengikut maklumat yang diterima, kejadian pada 3.42 petang itu, Lim Wee Chong, 34, bertindak terjun dari jambatan berkenaan.

“Kemudiannya pihak bomba melakukan operasi pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan memberhentikan motosikal yang ditungangginya dan meninggalkan seliparnya di laluan motosikal sebelum terjun ke jambatan berkenaan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, seramai 10 orang anggota, sebuah jentera dan satu unit utiliti bot aluminum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar di hantar ke tempat kejadian.

“Operasi pencarian masih diteruskan, katanya.

Sumber : Hmetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *